Wednesday, January 20, 2010

Novelis yang ku minati...bahagian 2


Siri 2 ini aku nak menceritakan novelis lain yang turut menjadi pilihanku. Novelis ini merupakan seorang pendidik dan telah menghasilkan banyak novel terutamanya novel yang berunsur 'cinta'. Hasil karyanya banyak diterbitkan oleh alaf21 www.alaf21.com.my. Novelnya juga sering menjadi tarikan golongan remaja dan dewasa kerana penghasilan karyanya berbeza dengan novelis yang lain. Gaya bahasanya yang digunakan juga 'best' dan menarik minat aku untuk menghabiskan pembacaan. Novel yang terakhir dihasilkan adalah 'sungguh aku cinta' pastinya akan muncul lagi novel terbaru dari beliau..."kita tunggu dan lihat". Bagi mereka yang meminati anis ayuni aku syorkan agar melayari blognya untuk mengetahui perkembangan terbaru beliau www.anisayuni21.blogspot.com




Bercerita mengenai novel ni...semasa  aku  bertugas di cawangan yang lama aku sering berkongsi minat mengumpul novel ni dengan beberapa rakan sekerja di sana. Setiap kali ada novel terbaru keluar di pasaran aku akan beli  kemudian aku akan mengesyorkan kepada rakan sekerja yang lain untuk membaca novel tersebut. Selalunya kami akan bertukar-tukar novel. Masing -masing akan memberi'comment' dari sudut pandangan masing-masing. Alangkah bestnya..waktu itu..umpamanya kami ini pengulas la..hingga ada yang mencadangkan agar novel itu divisualkan dalam bentuk drama atau filem..Apa yang kita lihat sekarang ianya menjadi kenyataan sesetengah drama di kaca tv telah diadaptasi dari penghasilan sebuah novel...Syabas kepada para produser di Malaysia yang telah merealisasikan impian kami...hmm..Semoga anis ayuni akan terus 'success' dalam kerjaya dan bidang penulisan. Sama-sama kita 'support' dengan membeli karya terbaru tulisannya.



Di atas ini adalah sebahagian daripada novel tulisan anis ayuni grafik ini dipetik dari anisayuni21.blogspot.com 




" Kesudian Mendengar Adalah Satu Sifat Mulia Dari Hati, Niat Ikhlas Untuk Bersama Seseorang Yang Dikasihi Dan Dicintai Selamanya..."




No comments:

Post a Comment

Photobucket