Wednesday, February 10, 2010

RESUME.. beri persepsi awal majikan terhadap anda


Contoh-contoh resume
Perkara pertama yang perlu diberi perhatian sekiranya mahu memohon sesuatu pekerjaan ialah menyediakan resume untuk dikemukakan kepada majikan bagi melayakkan anda dipanggil temuduga. Resume berasal daripada perkataan Perancis adalah suatu medium bagi membolehkan majikan mengetahui mengenai diri seseorang pemohon, dalam erti kata lain ia memaklumkan mengenai kelebihan dan kelayakan pada diri individu itu. Resume bertujuan memperkenalkan diri anda sebaik yang mungkin tanpa menyatakan fakta yang salah atau palsu, bagi mengelakkan pemohon terperangkap apabila dipanggil menghadiri sesi temuduga. Lazimnya, penemuduga akan menyoal anda berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam resume. Seandainya maklumat itu palsu, penemuduga mempunyai teknik untuk mengenal pasti sama ada maklumat itu benar atau salah.
Ada juga pemohon yang merasakan mereka sudah memberikan resume yang terperinci dan mantap tetapi masih masih tidak dipilih dan langsung tidak dipanggil untuk sesi temuduga. Ini mungkin kerana anda tidak memenuhi kehendak hati si pemilih dan tidak menepati kriteria yang diperlukan syarikat terbabit. Mungkin juga melalui resume itu si pemilih mendapati anda tiada kelebihan atau kepentingan untuk syarikat itu. Apatah lagi bukan anda seorang kerana mungkin ada beratus atau beribu lagi calon yang memohon jawatan yang sama. Oleh itu, resume adalah amat penting bagi membuahkan kejayaan kerana ia medium perbandingan antara anda dan calon yang lain. Resume yang lebih menarik menjadi 'batu loncatan' bagi melepasi tahap pertama sebelum di temuduga. Ia juga menjadi persepsi awal majikan terhadap kebolehan dan kelebihan anda. Apa yang penting anda menghasilkan resume yang terbaik, ringkas tetapi padat dan menepati kehendak majikan.


Wednesday, February 3, 2010

Punca rambut gugur...

Salam...
Kali ini saya ingin bercerita mengenai punca rambut gugur...Masalah ini sering terjadi kepada wanita tidak terkecuali juga kaum lelaki.Kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya sebenarnya mendedahkan seseorang kepada risiko keguguran rambut jika bahan pewarna terkena kulit kepala hingga merosakkan akar rambut.Selain itu, tabiat menyikat rambut dengan kasar dan penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut boleh mendorong seseorang kepada masalah botak pada usia muda.Sebenarnya 2 faktor penting menyumbang kepada masalah ini, iaitu fizikal [luaran] dan genetik.Kehadiran faktor luaran menyebabkan proses keguguran menjadi lebih cepat dan mendadak.

Moden chic Jalan Masjid India

Tidak terbayang selama ini akan sebuah hotel bergaya elegan 
boleh muncul di tengah-tengah kesibukan jaringan jalan yang 
penuh dengan 1,001 ragam dan urus niaga masyarakat kelas umum.




USAH terkeliru atau terlepas langkah untuk ke pintu masuk hotel ini. Kalau berjalan dari Semua House ke siar kaki Jalan Masjid India di hadapannya, tangga ke ruang lobinya betul-betul bersebelahan dengan gedung tekstil Haniffa.
Lihat pada simbol bintang terang berbucu lapan di situ, itulah StarPoints Hotel Kuala Lumpur - suatu mercu tanda baru ibarat permata berharga di rentangan jalan tersebut
Photobucket