Wednesday, February 3, 2010

Punca rambut gugur...

Salam...
Kali ini saya ingin bercerita mengenai punca rambut gugur...Masalah ini sering terjadi kepada wanita tidak terkecuali juga kaum lelaki.Kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya sebenarnya mendedahkan seseorang kepada risiko keguguran rambut jika bahan pewarna terkena kulit kepala hingga merosakkan akar rambut.Selain itu, tabiat menyikat rambut dengan kasar dan penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut boleh mendorong seseorang kepada masalah botak pada usia muda.Sebenarnya 2 faktor penting menyumbang kepada masalah ini, iaitu fizikal [luaran] dan genetik.Kehadiran faktor luaran menyebabkan proses keguguran menjadi lebih cepat dan mendadak.


Faktor Luaran
  • Pencemaran kimia - sebatian ammonium, silikon, gas karbon monoksida dan hujan asid
  • Pencemaran biologi - jangkitan kulat, bakteria dan kuman lain dalam udara, sama ada di rumah atau tempat kerja, yang boleh menyebabkan kerosakan akar rambut
  • Penggunaan sikat tidak sesuai dengan jenis rambut kerana bentuk rambut manusia tidak sama.Garis rentas menunjukkan rambut kerinting sebenarnya berbentuk segi tiga, manakala rambut separa kerinting berbentuk lonjong dan bulat bagi rambut lurus.
  • Penggunaan bahan pewarna rambut mengandungi ammonium dan silikon.Seboleh-bolehnya elak warnakan rambut.Jika terpaksa, gunakan bahan pewarna tanpa sebatian ammonium, silikon dan raksa. Pastikan ketika menyapu, bahan pewarna tidak terkena kulit kepala kerana jika terkena, walaupun sekejap, sudah mampu merosakkan akar rambut.
  • Tekanan kerja merupakan punca utama masalah keguguran rambut di kalangan lelaki dan wanita.Ada orang menyikat rambut berulang kali untuk meredakan tekanan kerja dan tabiat ini hanya akan merangsang masalah keguguran rambut
  • Kerap menyikat rambut akibat pengaruh psikologi


Cara Penjagaan rambut... 
  • Cuci rambut empat atau lima kali seminggu dengan syampu lembut
  • Jangan cuci rambut menggunakan sabun mandi kerana kebanyakan sabun mengandungi sodium hidroksida
  • Elak sikat rambut terlalu kerap
  • Elak kerap mewarnakan rambut
  • Urut kulit kepala dengan jari untuk galakkan edaran darah
  • Elakkan tekanan di tempat kerja
  • Tutup rambut ketika di tempat sibuk dan banyak pencemaran
  • Pilih sikat yang sesuai dengan jenis rambut
  • Jangan sikat rambut dengan kasar
  • Jangan gunakan sikat yang terlalu rapat dan tajam matanya kerana ia boleh mencederakan kulit kepala dan pembukaan liang akar rambut.Kehadiran liang ini menyebabkan permukaan kulit kepala menjadi tidak rata dan mata sikat yang terlalu rapat akan menghasilkan geseran atau daya tarikan berlebihan dipanggil 'traction alopecia' yang menyebabkan keguguran rambut

2 comments:

  1. thanks for the inform . lately niy tetibe rmbut i gugur teruk . i da tkut dah . malu ngan kwan kwan pun ada . btw shampoo apa yg better eh ?

    ReplyDelete
  2. info dan perkongsian yang menarik. andai ada yang berminat untuk dapatkan shaklee untuk masalah rambut gugur, boleh berkunjung ke blog saya..hopes dapat membantu :)

    ReplyDelete

Photobucket