Wednesday, January 27, 2010

Muzik ruumz tanpa batasan...

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

Salam....
Hari ini saya baca petikan di Kosmo dan saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM.. mengenai muzik ruumz tanpa batasan..Bagi penggemar - penggemar muzik anda bolehlah mengambil peluang ini untuk meghantar karya - karya anda untuk dipromosikan di http://www.2crank.com. Sekurang -kurangnya industri tempatan kita makin dikenali dan bakat - bakat tempatan akan mempunyai ruang untuk berkarya dan diexpose...Antara artikelnya adalah seperti berikut...


DUNIA tanpa sempadan telah mengubah gaya hidup rakyat negara ini dengan memilih Internet sebagai salah satu medium mendapatkan pelbagai maklumat serta hiburan dengan mudah dan efisien.Bahkan, penerimaan baik ditunjukkan masyarakat hari ini dalam penggunaan Internet telah membuka peluang kepada ruumzNation Sdn. Bhd. untuk melancarkan perkhidmatan radio Internet 24 jam pertama Malaysia iaitu ruumz.FM. Dengan menggunakan kuasa Internet tanpa batasan, ruumz.FM dijangka bakal mengubah perspektif dunia penyiaran radio tanah air dan cara pendengar menikmati muzik. Apabila mendengar stesen radio ruumz.FM, pendengar bukan sekadar dapat menikmati muzik daripada pelbagai genre tetapi berpeluang berinteraksi, memuat turun lagu, meluahkan pendapat, berkongsi pengalaman, melihat dan mencipta lagu. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai artikel ini bolehlah melayari http://www.kosmo.com.my dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ruumz.FM boleh melayari laman web www.ruumz.fm atau www.ruumz.com.



Begitulah betapa pesatnya industri penyiaran di negara ini...Kalau dulu  kita nak mendengar muzik kita perlu melaras saluran mana yang hendak kita dengar  tapi... sekarang maklumat semuanya dihujung jari.. radio internet merupakan medium yang membawa perubahan dalam dunia perniagaan tradisional masa kini. Industri muzik juga tidak terkecuali dalam menerima tempias dan impak positif teknologi berkenaan. Sekarang ni perubahan teknologi terlalu pantas kalau kita tak mengikutinya kita akan ketinggalan...setiap saat ianya akan berubah... Tahniah! kepada anak-anak Malaysia... terutamanya dua 'orang kuat' industri penyiaran radio tempatan, Saufian Mokhtar atau lebih dikenali dengan nama Fly Guy dan Ross Yusof yang menerajui radio internet ini... 

SEBAGAI menyahut permintaan pendengar yang 
semakin pelbagai, ruumz.FM membawa konsep 
yang lari daripada format radio konvensional yang ada di Malaysia.




POPULARITI dan profesionalisma Fly Guy dan Ross 
dalam dunia penyiaran radio menjadi tunjang di sebalik ruumz.FM.


p/s kredit untuk penulis artikel ini NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM.. 




No comments:

Post a Comment

Photobucket