Monday, March 1, 2010

Hidung berdarah...

Salam...

Entry kali ini, dipetik dari 'Berita Harian Online' yang ditulis oleh Hafizah Iszahanid dalam ruangan sihat...Boleh layari http://www.bharian.com.my
HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah.

Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik.Hidung berdarah disebabkan salur darah kecilpecah.Ada juga jenis pendarahanpada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung.Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan wajah. Walau pun adakala pendarahan itusedikit atau hanya komplikasi kecil adajuga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain.


Wednesday, February 10, 2010

RESUME.. beri persepsi awal majikan terhadap anda


Contoh-contoh resume
Perkara pertama yang perlu diberi perhatian sekiranya mahu memohon sesuatu pekerjaan ialah menyediakan resume untuk dikemukakan kepada majikan bagi melayakkan anda dipanggil temuduga. Resume berasal daripada perkataan Perancis adalah suatu medium bagi membolehkan majikan mengetahui mengenai diri seseorang pemohon, dalam erti kata lain ia memaklumkan mengenai kelebihan dan kelayakan pada diri individu itu. Resume bertujuan memperkenalkan diri anda sebaik yang mungkin tanpa menyatakan fakta yang salah atau palsu, bagi mengelakkan pemohon terperangkap apabila dipanggil menghadiri sesi temuduga. Lazimnya, penemuduga akan menyoal anda berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam resume. Seandainya maklumat itu palsu, penemuduga mempunyai teknik untuk mengenal pasti sama ada maklumat itu benar atau salah.
Ada juga pemohon yang merasakan mereka sudah memberikan resume yang terperinci dan mantap tetapi masih masih tidak dipilih dan langsung tidak dipanggil untuk sesi temuduga. Ini mungkin kerana anda tidak memenuhi kehendak hati si pemilih dan tidak menepati kriteria yang diperlukan syarikat terbabit. Mungkin juga melalui resume itu si pemilih mendapati anda tiada kelebihan atau kepentingan untuk syarikat itu. Apatah lagi bukan anda seorang kerana mungkin ada beratus atau beribu lagi calon yang memohon jawatan yang sama. Oleh itu, resume adalah amat penting bagi membuahkan kejayaan kerana ia medium perbandingan antara anda dan calon yang lain. Resume yang lebih menarik menjadi 'batu loncatan' bagi melepasi tahap pertama sebelum di temuduga. Ia juga menjadi persepsi awal majikan terhadap kebolehan dan kelebihan anda. Apa yang penting anda menghasilkan resume yang terbaik, ringkas tetapi padat dan menepati kehendak majikan.


Wednesday, February 3, 2010

Punca rambut gugur...

Salam...
Kali ini saya ingin bercerita mengenai punca rambut gugur...Masalah ini sering terjadi kepada wanita tidak terkecuali juga kaum lelaki.Kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya sebenarnya mendedahkan seseorang kepada risiko keguguran rambut jika bahan pewarna terkena kulit kepala hingga merosakkan akar rambut.Selain itu, tabiat menyikat rambut dengan kasar dan penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut boleh mendorong seseorang kepada masalah botak pada usia muda.Sebenarnya 2 faktor penting menyumbang kepada masalah ini, iaitu fizikal [luaran] dan genetik.Kehadiran faktor luaran menyebabkan proses keguguran menjadi lebih cepat dan mendadak.

Moden chic Jalan Masjid India

Tidak terbayang selama ini akan sebuah hotel bergaya elegan 
boleh muncul di tengah-tengah kesibukan jaringan jalan yang 
penuh dengan 1,001 ragam dan urus niaga masyarakat kelas umum.




USAH terkeliru atau terlepas langkah untuk ke pintu masuk hotel ini. Kalau berjalan dari Semua House ke siar kaki Jalan Masjid India di hadapannya, tangga ke ruang lobinya betul-betul bersebelahan dengan gedung tekstil Haniffa.
Lihat pada simbol bintang terang berbucu lapan di situ, itulah StarPoints Hotel Kuala Lumpur - suatu mercu tanda baru ibarat permata berharga di rentangan jalan tersebut

Wednesday, January 27, 2010

Pinjaman Tanpa Faedah...


Salam..
Entry kali ini mengenai pinjaman yang biasanya dilakukan oleh masyarakat Malaysia...biasa kita mendengar ungkapan "kalau tak berhutang mana nak dapat beli barang..." atau peribahasa 'biar papa asal bergaya...' Betul ke?... Mungkin ada juga kebenarannya...tapi lebih elok kita berhemah   'ukur baju di badan sendiri'... Sumber maklumat yang ingin saya paparkan ini diambil dan dipetik dari akbar Kosmo bertarikh 27.01.2010. Maklumat di dalam akhbar tersebut telah di 'edit' untuk memberi serba sedikit pengetahuan kepada kita semua.


KETIKA keadaan ekonomi yang tidak menentu pelbagai kaedah pinjaman wang dicari oleh pengguna sebagai cara mendapatkan wang pada kadar segera melalui ceti dan ah long, pajak gadai juga menjadi pilihan. Mereka yang ke pajak gadai ialah daripada kalangan individu yang memiliki emas untuk dicagarkan.Sayangnya, niat awal untuk menebus kembali barang yang dicagar mungkin tidak kesampaian menyebabkan ramai yang terpaksa melepaskannya walaupun ia barang berharga yang diwarisi turun-temurun. 

Muzik ruumz tanpa batasan...

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

Salam....
Hari ini saya baca petikan di Kosmo dan saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM.. mengenai muzik ruumz tanpa batasan..Bagi penggemar - penggemar muzik anda bolehlah mengambil peluang ini untuk meghantar karya - karya anda untuk dipromosikan di http://www.2crank.com. Sekurang -kurangnya industri tempatan kita makin dikenali dan bakat - bakat tempatan akan mempunyai ruang untuk berkarya dan diexpose...Antara artikelnya adalah seperti berikut...


DUNIA tanpa sempadan telah mengubah gaya hidup rakyat negara ini dengan memilih Internet sebagai salah satu medium mendapatkan pelbagai maklumat serta hiburan dengan mudah dan efisien.Bahkan, penerimaan baik ditunjukkan masyarakat hari ini dalam penggunaan Internet telah membuka peluang kepada ruumzNation Sdn. Bhd. untuk melancarkan perkhidmatan radio Internet 24 jam pertama Malaysia iaitu ruumz.FM. Dengan menggunakan kuasa Internet tanpa batasan, ruumz.FM dijangka bakal mengubah perspektif dunia penyiaran radio tanah air dan cara pendengar menikmati muzik. Apabila mendengar stesen radio ruumz.FM, pendengar bukan sekadar dapat menikmati muzik daripada pelbagai genre tetapi berpeluang berinteraksi, memuat turun lagu, meluahkan pendapat, berkongsi pengalaman, melihat dan mencipta lagu. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai artikel ini bolehlah melayari http://www.kosmo.com.my dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ruumz.FM boleh melayari laman web www.ruumz.fm atau www.ruumz.com.


Wednesday, January 20, 2010

Novelis yang ku minati...bahagian 2


Siri 2 ini aku nak menceritakan novelis lain yang turut menjadi pilihanku. Novelis ini merupakan seorang pendidik dan telah menghasilkan banyak novel terutamanya novel yang berunsur 'cinta'. Hasil karyanya banyak diterbitkan oleh alaf21 www.alaf21.com.my. Novelnya juga sering menjadi tarikan golongan remaja dan dewasa kerana penghasilan karyanya berbeza dengan novelis yang lain. Gaya bahasanya yang digunakan juga 'best' dan menarik minat aku untuk menghabiskan pembacaan. Novel yang terakhir dihasilkan adalah 'sungguh aku cinta' pastinya akan muncul lagi novel terbaru dari beliau..."kita tunggu dan lihat". Bagi mereka yang meminati anis ayuni aku syorkan agar melayari blognya untuk mengetahui perkembangan terbaru beliau www.anisayuni21.blogspot.com



Tuesday, January 19, 2010

Novelis yang ku minati....


Salam..
Salah satu hobi yang aku minat adalah membaca dan aku banyak habiskan masa untuk memilih dan mencari novel yang terbaik sahaja. Salah satu penulis yang aku gemari adalah aina emir [http://aina-emir.blogspot.com]. Macam ada 'magis' novelis ini. Penulisannya matang dan gaya penceritaannya memang dekat dengan kehidupan kita, yang paling menarik hati aku adalah latar tempat yang dipilih dalam setiap hasil nukilannya adalah berbeza.  Destinasi yang dipilih, selalunya akan membuat aku teruja untuk membaca novelnya. Aku akan membayangkan... akulah pendokong watak tersebut dan berada di destinasi yang digambarkan... he...he..he... oh! bestnya ... bila lagi nak berangan kan... . Sentuhan 'magisnya' itulah membuat pembaca teruja dan penulisannya membawa mesej yang tersendiri serta mengangkat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat... Alangkah bertuahnya....aina emir dikurniakan anugerah ini oleh Yang Maha Esa... Moga-moga Allah berikannya kesihatan dan beliau tidak keputusan idea untuk menghasilkan karya yang bermutu... pada masa akan datang ..Amin..Oh! ya...tidakkah aina emir mahu mengangkat novelnya untuk dijadikan drama atau filem?..




Photobucket